29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda untuk PRU16

    Shopee Sale

    Umno akan menggunakan pendekatan “di luar kotak” termasuk komunikasi bukan lisan, bagi menarik sokongan pengundi muda yang kini merupakan kumpulan majoriti dalam landskap politik negara.

    Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata hakikat itu perlu diterima memandangkan pengundi berusia bawah 40 tahun – termasuk kumpulan pengundi 18 tahun – bersifat lebih terbuka dan tidak lagi terikat kepada kesetiaan terhadap sesebuah parti semata-mata.

    “Mereka sangat berfikiran terbuka dan tidak memilih parti.

    “Mereka memilih calon dan memilih siapa yang boleh membawa agenda untuk mereka garap. Ertinya apa yang dapat mereka peroleh daripada memilih calon-calon yang mereka minati,” katanya secara dalam sesi temu bual khas sempena sambutan ulang tahun Umno ke-80 di Kuala Lumpur hari ini.

    Ahmad Zahid berkata strategi itu penting memandangkan trend kini berubah dengan pengundi lebih cenderung menilai kualiti perkhidmatan dan personaliti calon berbanding latar belakang organisasi politik yang diwakili.

    Menyentuh strategi PRU ke-16, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN tidak menolak kemungkinan untuk bertanding secara solo, namun tetap membuka ruang kerjasama bagi mengelakkan pertindihan kerusi dengan parti dalam gabungan kerajaan perpaduan.

    MENARIK:  Kelas prasekolah percuma: Kanak-kanak keluarga B40 diutamakan

    Timbalan Perdana Menteri itu berkata realiti politik semasa memperlihatkan sukar bagi mana-mana parti atau gabungan untuk muncul dominan dan membentuk kerajaan secara bersendirian tanpa sokongan pihak lain.

    “Sebab itu saya sebutkan tentang soal solo tadi, (saya) tidak menolak untuk kita bekerjasama supaya tidak berlaku pertindihan kerusi, walaupun kita pergi solo. Dalam soal ini, bukan kita menolak mana-mana parti gabungan ya,” katanya.

    Mengambil iktibar daripada situasi parlimen tergantung selepas PRU ke-15, Ahmad Zahid menyifatkan pembentukan kerajaan perpaduan sebagai realiti yang perlu diterima demi kestabilan negara, meskipun pada awalnya wujud pelbagai persepsi terhadap kerjasama itu.

    “Perkara sebegini mungkin akan berlaku lagi dan saya tidak nampak yang dalam PRU ke-16 ada mana-mana parti gabungan itu dominan dan boleh membentuk kerajaan sendiri. Itu hakikat yang harus kita akui,” katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah