29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRK Sungai Bakap: PAS masih perhalusi senarai calon

    Shopee Sale

    PAS Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.

    Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff berkata walaupun sudah mempunyai senarai calon namun ia belum dimuktamad kerana pihaknya masih membuka ruang kepada semua untuk memberi pandangan termasuk di peringkat akar umbi.

    "Sama ada terdapat calon dalam kalangan ahli keluarga Allahyarham (Nor Zamri Latiff), itu kita kena tunggu tetapi calon yang disenarai pendek perlu dikaji banyak sudut antaranya personaliti calon itu sendiri sebab itu kita mengambil sedikit masa untuk memuktamadkan senarai nama calon," katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata nama calon yang telah disenarai pendek mungkin diserah kepada pucuk pimpinan selepas mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya Khamis ini tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa.

    Muhammad Fauzi turut mengucapkan terima kasih kepada Parti Bersatu kerana memberi laluan kepada PAS untuk mempertahankan kerusi itu.

    MENARIK:  Aktivis Persatuan TBH berang polis batal temu janji rakam keterangan

    Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut dan SPR dijangka mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK di kawasan itu.

    Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah