29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ikmal Amry Kenang Jasa Baik Aedy Ashraf – ‘Aku Menangis, Dia Selit RM50 Bawah Dompet’

    Shopee Sale

    Pelakon Ikmal Amry mengimbas kembali detik perkenalannya dengan aktor, Aedy Ashraf sejak awal pembabitannya dalam industri seni tanah air.

    Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Tak Kejar Populariti, Hanya Percaya Pada Rezeki – ‘Kalau Risau Nama Turun Naik, Saya Tak Kahwin Awal’

    Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Dedah Hubungan Makin Akrab, Sudah Mula Borak Di DM – ‘Jefri Nichol Panggil Saya Abang’

    Aedy Ashraf kawan yang baik

    Menerusi satu hantaran di Threads, Ikmal atau nama sebenar Ahmad Ikmal Azman, 31, menyifatkan Aedy dan Ben banyak mengubah perjalanan hidupnya hari ini. Malah mereka berdua adalah individu terawal yang membantunya ketika mula berhijrah ke Kuala Lumpur. 

    Kenal dia dah lebih 11 tahun. Tahun yang sama aku kenal Ben Ali.

    2015, aku cuba menetap di KL. Hadir dua insan ni, bagi aku tumpang tinggal rumah diorang tanpa minta apa-apa.

    Ujar Ikmal Amry lagi, Aedy merupakan seorang yang sangat menjaga hubungan dengan orang sekeliling, terutamanya keluarga dan rakan terdekat.

    Dia jaga circle dia, jaga family dia. Aku bukan yang paling rapat, bukan bestfriend dia tapi dia tetap jaga aku lebih dari itu. 

    Dia anggap aku macam adik dia sendiri. Mungkin jawapan dia simple. Sebab hati dia memang ikhlas.

    One day tu aku tak ada duit. Stay rumah sorang, diam… tak bagitahu sesiapa. Pagi tu aku bangun, ada RM50 bawah wallet aku. 

    Sampai sekarang aku ingat benda tu. Nampak kecil, tapi budi macam ni aku akan kenang sampai mati. Bila orang tolong kau dalam keadaan dia sendiri pun mungkin tengah struggle, that’s the real one.

    Pelakon filem Soloz: Game of Life ini turut menyifatkan Aedy sebagai individu berbakat yang banyak memberi inspirasi sepanjang perjalanan kerjayanya.

    MENARIK:  Almy Nadia Kongsi Wajah Anak Kelima Selepas Dua Bulan Bersalin – ‘Assalamualaikum Semua Aunty & Uncle’

    Malah dia akui berbangga melihat pencapaian Aedy yang kini berjaya mencipta nama dalam industri seni tempatan.

    Apa yang aku nampak hari ni, tak lain tak bukan hasil apa yang dia usahakan selama ni. Aku saksi perjalanan dia. And I’m so proud of him.

    Aku hari ni? Ya, doa ibu bapa aku. Isteri aku. Tapi kalau orang tanya siapa lagi?

    Ini dia Aedy dan Ben. Dua insan yang kutip aku, dari budak kampung selekeh sampai aku jadi siapa aku sekarang. 

    Kalau bukan sebab diorang push aku, mungkin aku masih budak yang hari-hari main game je

    The post Ikmal Amry Kenang Jasa Baik Aedy Ashraf – ‘Aku Menangis, Dia Selit RM50 Bawah Dompet’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah