30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di KKB

    Shopee Sale

    Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar sebuah masjid di Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor diconteng dengan perkataan menghina Islam.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.

    “Kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.

    “Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Terdahulu, tular di laman media sosial gambar tembok sebuah masjid di KKB diconteng dan difahamkan pihak masjid berkenaan sudah mengecat semula tembok tersebut.

    MENARIK:  Yasin sepatutnya dirawat bukan dihukum — NGO

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah