25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita

    Shopee Sale

    Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar hari ini atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau hujung Mac lepas.

    Ong Poh Sun, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet selepas seorang jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya dalam Bahasa Mandarin.

    Lelaki itu dituduh merogol wanita berusia 27 tahun di dalam sebuah tokong di Kampung Guar Paya di Arau kira-kira pukul 3 petang pada 29 Mac lepas.

    Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan sekiranya didapati bersalah.

    Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia diperintahkan melaporkan diri di balai polis terdekat sebulan sekali, dan tidak boleh menghampiri serta mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

    MENARIK:  ‘Jumlah hilang kerja di Selangor, KL tak boleh dipandang ringan’

    Mahkamah menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes.

    Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nurul Hanani Che Nor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah