29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Empat Maut Dalam Dua Nahas Berasingan Di Pahang, Dua Beradik Antara Mangsa

    Shopee Sale

    Pihak bomba mengesahkan empat termasuk dua adik-beradik maut dalam dua kemalangan berlainan membabitkan lima kenderaan dalam kejadian di Maran dan Pekan pada Jumaat.

    Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan 15 Tahun Dipercayai Disamun & Dir*gol Ketika Keluar Joging

    Artikel Berkaitan: Rumah Terbakar Ketika Sedang Tidur, Bapa Melecur & Anak Sesak Nafas

    Maut

    Difahamkan, dalam tempoh kurang sejam, empat mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita dilaporkan terkorban.

    Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, kejadian yang meragut nyawa dua beradik itu berlaku di Jalan Besar Jengka 19 apabila MPV yang mereka naiki terlibat dalam pertembungan dengan sebuah kereta.

    Sebaik tiba di lokasi didapati pemandu dan penumpang MPV tersepit dalam kenderaan dan bomba mengguna peralatan menyelamat membawa keluar mangsa.

    Bagaimanapun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Beliau berkata seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka dihantarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.47 petang.

    Kata Mohd Salahuddin, pihaknya tidak dapat mengesahkan jumlah dan keadaan mangsa dalam sebuah lagi kenderaan yang terbabit kerana mereka telah dibawa ke pusat kesihatan berhampiran oleh orang awam.

    MENARIK:  ‘Aku Bukan Sugar Baby Atau Wanita Belaan’ – Elcah Pandai Cari Duit Sendiri

    Berdasarkan maklumat awal yang diterima, Mohd Salahuddin berkata MPV yang dinaiki dua beradik berkenaan bergerak dari arah Jengka 19 ke Pusat Bandar Jengka ketika terbabit dalam kemalangan itu.

    Dalam kejadian berasingan di Jalan Kuantan-Segamat dekat Chini, Mohd Salahuddin berkata, dua mangsa terkorban dalam kemalangan yang melibatkan sebuah MPV, pikap dan kereta.

    Jelasnya, sebaik pihaknya sampai di tempat lokasi pada jam 5.55 petang, didapati pemandu dan penumpang masih berada dalam kenderaan dinaiki mereka.

    Bomba membawa keluar semua mangsa dan didapati pemandu kereta dan MPV meninggal dunia di tempat kejadian.

    Kemalangan turut menyebabkan empat penumpang kereta dan dua penumpang MPV dan pemandu pikap tercedera.

    Mohd Salahuddin berkata semua mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut dan proses bedah siasat.

    Pun begitu, pihaknya masih belum memperoleh identiti semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

    Sumber: Harian Metro

    The post Empat Maut Dalam Dua Nahas Berasingan Di Pahang, Dua Beradik Antara Mangsa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah