Perkongsian personaliti media sosial, Aireena Sofia, mengenai wajah anaknya, Muhammad Hud Thalhah, mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik hantaran penuh emosi sempena ulang tahun istimewanya serta anaknya yang kini mencecah usia 10 bulan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Halang Dia Berjumpa Dengan Anak’ – Aireena Sofia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aireena Sofia Sudah Jumpa Pengganti? Netizen Sepakat Kata Setuju – ‘Handsome & Tall’
Anak sumber kekuatan

Menerusi perkongsian di Threads, Aireena atau mesra disapa Jane meluahkan rasa syukur atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT serta menyifatkan anaknya sebagai sumber kekuatan dalam meneruskan kehidupan hariannya.
Aireena turut menzahirkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anaknya, meskipun mengakui dirinya bukan seorang ibu yang sempurna serta masih mempunyai kekurangan dan melakukan kesilapan.
Pada hari istimewa saya dan genap 10 bulan usia anak saya.
Muhammad Hud Thalhah, mommy bangga ada anak sehebat awak.
Mommy nak awak tahu, mommy akan sentiasa ada dengan awak.
Mommy bukan ibu yang sempurna, ada kekurangan dan kesilapan.
Tapi kasih sayang mommy pada awak tak pernah kurang walau sedikit.
Awak adalah segala-galanya buat mommy, sanggup buat apa sahaja untuk awak.
Dalam pada itu, Aireena memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebuah keluarga yang sempurna buat anaknya, namun berjanji akan mencurahkan sepenuh kasih sayang serta melakukan yang terbaik dalam membesarkannya agar menjadi insan yang baik.
Maafkan mommy sebab tak dapat berikan sebuah keluarga yang sempurna untuk awak, tapi mommy akan berikan seluruh hati dan kasih sayang yang ada untuk membesarkan awak menjadi insan yang baik.
Dalam masa sama, Aireena menegaskan bahawa di sebalik setiap senyuman yang dikongsi, tersimpan perjalanan hidup yang panjang dan penuh ujian.
Di sebalik setiap senyuman ini, ada perjalanan yang panjang dan penuh ujian.
Hari ini 19/6/2026, saya memilih untuk berkongsi wajah anak sebagai tanda syukur atas nikmat yang Allah berikan.
Di samping itu, dia menjadikan anaknya sebagai sumber kekuatan utama dalam kehidupannya.
Apa pun yang berlaku antara orang dewasa, dia tetap anugerah paling indah dalam hidup saya.
Semoga Allah menjaga dan melindungi awak di setiap langkah, Amiiin.
Awak adalah sebab mommy terus kuat setiap hari, ini lah hadiah yang Allah berikan, paling bermakna untuk mommy.
Terima kasih Ya Allah.
Terdahulu Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sumber: Threads
The post ‘Maafkan Mommy Tak Dapat Berikan Keluarga Yang Sempurna’ – Aireena Sofia Kongsi Wajah Anak Usia 10 Bulan first appeared on OHBULAN!.





