27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan belum putuskan jenis teknologi, kapasiti reaktor nuklear

    Shopee Sale

    Kerajaan sedang melaksanakan penilaian terancang bagi meneliti perananan tenaga nuklear sebagai satu daripada pilihan sumber elektrik bersih, stabil dan berdaya saing dalam campuran tenaga negara pada masa hadapan.

    Inisiatif tersebut mengambil kira keperluan untuk mempelbagaikan sumber tenaga, memperkukuh keselamatan tenaga jangka panjang, menyokong sasaran pengurangan pelepasan karbon, serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, selaras dengan komitmen perubahan iklim negara dan peningkatan permintaan tenaga.

    Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) memaklumkan Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear (NEPIO), MyPOWER Corporation diberi tanggungjawab untuk menyelaras usaha persediaan berdasarkan garis panduan yang disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

    "Fasa persediaan ini dilaksanakan melalui koordinasi rangka kerja yang teratur, menerusi mekanisme jawatankuasa teknikal merentasi kementerian dan jabatan serta agensi bagi memastikan pendekatan yang bersepadu dan menyeluruh di peringkat nasional.

    "Pelaksanaannya akan berpandukan kepada Pendekatan Bertahap IAEA, termasuk aspek pendirian negara, rangka kerja perundangan dan kawal selia, penglibatan pihak berkepentingan dan pembangunan sumber manusia," menurut Petra menerusi kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Syarikat teknologi UK digesa bina masa depan digital dinamik di M'sia

    Bagaimanapun, ketika ini belum ada keputusan mengenai pelaksanaan, jenis teknologi atau kapasiti reaktor nuklear yang akan dibangunkan.

    Menurut Petra, keutamaan kerajaan adalah memastikan sebarang pertimbangan pada masa hadapan berpaksikan analisis teknikal komprehensif dan selaras dengan keutamaan pembangunan negara serta mematuhi obligasi antarabangsa.

    "Ini juga sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan peranancangan jangka panjang negara yang berasaskan ilmu, kemampanan sumber serta kesejahteraan rakyat dan generasi masa depan," menurut kenyataan itu.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada Khamis lepas berkata kerajaan mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga bersih yang berdaya saing dan selamat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah