32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH umum calon PRN Johor esok – Anwar

    Shopee Sale

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok.

    Menerusi hantaran dalam media sosialnya hari ini, Anwar berkata beliau akan bersama pimpinan PH bagi mengumumkan calon-calon yang akan menggalas amanah rakyat pada pilihan raya negeri berkenaan.

    "Insya-Allah saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

    "Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat," kata Anwar yang juga Perdana Menteri dalam hantaran itu.

    MENARIK:  Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita

    Beliau turut mengajak orang ramai hadir ke majlis berkenaan, yang disifatkannya sebagai langkah awal menuju kemenangan.

    Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 itu dijadual berlangsung pada 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Tangkak.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor, dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah