29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remy Ishak Sokong Pandangan Netizen, Aghniny Haque Patut Jadi Contoh Pelakon Wanita Di Malaysia

    Shopee Sale

    Pelakon Remy Ishak tampil bersetuju dengan kenyataan yang dibuat seorang individu mengenai lakonan rakan gandingannya, Aghniny Haque, dalam filem Khadam.

    Artikel Berkaitan: Remy Ishak Sifatkan Watak Awang Dalam Filem ‘Khadam’ Paling Mencabar Pernah Digalas

    Artikel Berkaitan: ‘Seronok Dapat Bekerja Dengan Orang Malaysia, Mereka Mesra & Peramah’ – Aghniny Haque

    Berani tonjol sisi selekeh

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan harapannya agar pelakon wanita di Malaysia menjadikan Aghniny sebagai contoh dalam aspek lakonan.

    Menurut individu berkenaan, pelakon utama filem Khadam itu disifatkan sebagai seorang aktres yang berani menampilkan sisi selekeh demi menghidupkan watak yang dibawanya.

    Kepada pelakon perempuan Malaysia, ambil contoh Aghniny dalam lakonan filem Khadam.

    Berani selekeh dan tak cover keselekehannya bila berlakon.

    Harap pelakon perempuan Malaysia Khadam-lah review saya.

    Ciapan tersebut meraih perhatian Remy yang dilihat enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan mana-mana pihak terasa hati.

    MENARIK:  Sophia Albarakbah Sedang Kenal Hati Budi, Berkawan Sejak 2011 – ‘Dia Adalah Orang Yang Keluarga Saya Sangat Sayang’

    Bagaimanapun, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

    Saya setuju, tak boleh cakap lebih nanti ramai yang terasa.

    Tapi saya setuju dengan awak, terima kasih.

    Sumber: Threads @remyishak

    The post Remy Ishak Sokong Pandangan Netizen, Aghniny Haque Patut Jadi Contoh Pelakon Wanita Di Malaysia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah