Pelakon, Rita Rudaini berkongsi pendapat mengenai cara mendidik anak-anak yang kini sedang menginjak ke usia remaja.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Selebriti Tidak Pernah Guna Nama Untuk Dapat Layanan Istimewa Di Sekolah’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Paling Meluat Tengok Manusia Merokok Di Tempat Dilarang’ – Rita Rudaini
Remaja
View on Threads
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata tanggapan mengenai remaja hari ini keras kepala atau tidak mahu mendengar kata adalah tidak tepat sepenuhnya.
Sebaliknya, kata Rita, cara teguran yang disampaikan kemungkinan menjadi punca utama mereka menolak nasihat yang diberikan.
Remaja hari ini bukan tak boleh ditegur.
Mereka cuma tak lagi menerima teguran yang datang bersama ego, herdikan dan penghinaan.
Tegas itu perlu, tetapi hormat tetap perlu ada.
Jelas Rita, anak-anak yang membesar memerlukan sosok individu yang boleh mendidik dengan rasa hormat bukan sekadar hanya memberi arahan.
Rita berkata apabila anak-anak rasa dihargai dan dihormati sebagai individu mereka akan lebih mudah untuk menerima nasihat.
Mendidik remaja hari ini bukan tentang siapa paling garang atau paling tegas.
Anak-anak tidak perlukan orang dewasa yang sentiasa betul.
Mereka perlukan orang dewasa yang boleh membimbing, mendengar dan menunjukkan contoh yang betul.
Ramai remaja hari ini akan melawan bila dipaksa, tetapi akan mendengar bila mereka rasa dihormati.
Sumber: Threads
The post ‘Remaja Hari Ini Bukan Tak Boleh Ditegur, Mereka Cuma Tak Terima Teguran Yang Datang Dengan Ego’ – Rita Rudaini first appeared on OHBULAN!.





