32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Ditawar Sertai Program Realiti, Mua Bellaz Terpaksa Tolak – ‘Belum Masanya, Biar Dia Nikmati Zaman Kanak-Kanak’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Mua Bellaz mendedahkan pernah menerima tawaran untuk melibatkan anak sulungnya, Nur Airis Alisha atau lebih mesra disapa Ica untuk menyertai sebuah program realiti nyanyian popular.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Jemput Orang Kampung & Followers Ke Rumah Terbuka, Netizen Kagum – ‘Hebat Rezeki Allah Bagi’

    Artikel Berkaitan: ‘Harga Beg MUA Bellaz RM200 Tidak Mahal’ – Aliff Syukri

    Nikmati zaman kanak-kanak

    Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini berkata, dia memilih untuk menolak tawaran itu kerana merasakan anaknya masih terlalu muda dan perlu diberi ruang menikmati zaman kanak-kanak tanpa tekanan.

    Masih muda, budak-budak sekarang pun kita kena jaga batas mereka dan sebagainya. Jadi buat masa ini saya memang belum benarkan lagi.

    Ada tawaran untuk Ica, tetapi saya rasa belum masanya. Saya mahu dia membesar dalam persekitaran yang sesuai dahulu. Biar dia nikmati zaman kanak-kanak dahulu.

    Dia tak ada pun cerita dekat saya sebab dia memang malu-malu sedikit. Kalau yang bongsu, Wara, dia lebih berani dan bersahaja. Wara tu memang macam diri saya yang kedua.

    Diminta mengulas mengenai segelintir kanak-kanak yang sudah terlibat secara serius dalam industri hiburan pada usia muda, Bellaz berkata dia lebih selesa membiarkan anak-anaknya meneroka dunia mereka sendiri.

    Macam anak-anak saya, saya bagi mereka bermain, pergi bendang dan buat aktiviti yang mereka suka. Saya bagi mereka peluang untuk explore apa sahaja selagi tidak membahayakan diri sendiri.

    Bellaz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran eksklusif ‘New Chapter’ yang memperkenalkan siri terbaharu Bellaz Signature di The Agam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  Siti Nordiana Risau Lepaskan Anak Tinggal Di Asrama – ‘Kami Tak Pernah Berjauhan Lama’

    Pada majlis sama, Perfume Paradise turut memperkenalkan koleksi Bella Signature hasil kolaborasi bersama duta jenamanya itu.

    Koleksi berkenaan menampilkan tiga haruman eksklusif iaitu Vanille Veil, Violet Haze dan Velvet Skin yang dibangunkan dengan identiti tersendiri bagi menawarkan pengalaman wangian berbeza kepada pengguna.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah, penghasilan Bella Signature diinspirasikan daripada personaliti dan pengaruh besar Mua Bellaz yang dianggap ikon dalam kalangan peminatnya.

    Kami mahu menghasilkan sesuatu yang unik dan berbeza daripada wangian-wangian sebelum ini, sekali gus mencerminkan keperibadian Mua Bellaz.

    Untuk Bella Signature, kami menghasilkan wangian yang benar-benar eksklusif dan tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana haruman lain di pasaran.

    Profil haruman dan hala tuju setiap wangian dibangunkan khas bagi memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna.

    Setiap wangian mempunyai karakter tersendiri. Malah, salah satu daripadanya iaitu Velvet Skin memperkenalkan kategori Skin Scent yang pertama kali dihasilkan oleh Perfume Paradise.

    The post Anak Ditawar Sertai Program Realiti, Mua Bellaz Terpaksa Tolak – ‘Belum Masanya, Biar Dia Nikmati Zaman Kanak-Kanak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah