Penyanyi, Ariz Lufias menitipkan nasihat kepada rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara agar sentiasa menjaga adab serta menghormati budaya tempatan negara yang dilawati.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Normalize Minta Sponsor Makanan Untuk Event Pada Peniaga Kecil’ – Ariz Lufias
Artikel Berkaitan: Ariz Lufias Selesa Melancong Ke Korea, Dedah Kos Perbelanjaan – ‘Jumlah Hampir Sebulan Di Sini Lebih RM25k’
Jaga adab

Menerusi satu hantaran di Threads, Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 37, menegaskan bahawa setiap individu yang melancong perlu melakukan kajian awal sebelum perjalanan serta menguruskan jangkaan dengan baik kerana tidak semua perkara akan berjalan seperti yang diharapkan.
Kepada semua rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara, sila ingat bahawa kita adalah tetamu di negara orang.
Jaga adab, hormati budaya tempatan, dan sentiasalah bersikap baik terhadap orang di sekeliling.
Buatlah sedikit research dan uruskan jangkaan anda dengan baik.
Tidak semua perkara akan berjalan seperti yang kita mahukan, dan itu tidak mengapa.
Dalam masa sama, Ariz turut mengingatkan agar tidak terlalu mudah merungut terhadap perkara-perkara kecil yang kurang menyenangkan.
Jangan merungut tentang setiap perkara kecil.
Tambahnya lagi, isu yang tular baru-baru ini turut memberi kesan kepada imej rakyat Malaysia secara keseluruhan apabila ia menjadi perbualan hangat di media sosial.
Sekarang, dah viral video itu sampai orang Malaysia lain pun terkena tempias.
Sekadar info, baru-baru ini tular di media sosial dakwaan seorang pelancong dari Malaysia yang meluahkan rasa kurang selesa terhadap keadaan persekitaran di China, termasuk isu bau yang dikatakan kurang menyenangkan.
Sumber: Threads
The post ‘Ingat Kita Adalah Tetamu Negara Orang.. Jaga Adab & Hormat Budaya Tempatan’ – Ariz Lufias first appeared on OHBULAN!.





