32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN bincang isu keanggotaan malam esok – Ahmad Samsuri

    Shopee Sale

    Mesyuarat Tertinggi PN (MTPN) yang dijadualkan malam esok akan membincangkan mengenai keanggotaan dalam gabungan itu, kata Pengerusinya Ahmad Samsuri Mokhtar.

    "Antara agenda yang penting (MTPN) adalah keanggotaan dalam Perikatan Nasional," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Kuala Krau, dekat Temerloh, Pahang, hari ini.

    Ditanya mengenai sama ada Bersatu akan bergerak sendirian atau bersama PN, Ahmad Samsuri menjelaskan perkara itu terpulang kepada keputusan parti berkenaan.

    "Itu terpulang kepada Bersatu. As far as Perikatan Nasional concern, komposisinya adalah kekal seperti sedia ada... Bersatu, PAS, MIPP dan Gerakan," katanya ringkas.

    Krisis antara PAS dan Bersatu dilihat bermula selepas parti terbabit memecat ahli parlimen Larut, Hamzah Zainudin yang juga bekas Timbalan Presiden parti pada Feb lalu.

    Hamzah seterusnya melancarkan gerakan Reset yang disokong sekumpulan ahli parlimen Bersatu yang dipecat oleh parti.

    Gerakan Reset itu dilihat 'mesra' dengan pimpinan PAS dan kemuncaknya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hadir merasmikan konvensyen diketuai Hamzah di Kelantan pada 12 Jun lalu.

    MENARIK:  Isu Kg Baru: Khalid tuntut Rafidah mohon maaf, ganti rugi RM300,000

    Abdul Hadi dalam sidang media pada 13 Jun juga menegaskan hubungan partinya dengan Bersatu sudah berakhir, sekali gus menyerahkan kepada parti pimpinan Muhyiddin Yassin untuk menentukan sama ada mahu kekal dalam PN atau sebaliknya.

    Bagaimanapun, Muhyiddin pada 16 Jun memaklumkan, parti itu memutuskan untuk terus kekal dalam PN dan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo pakatan itu.

    Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang boleh menyingkirkan Bersatu dalam PN.

    Sementara itu, ditanya mengenai persiapan gabungan berkenaan untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan, Ahmad Samsuri memaklumkan pihaknya masih belum menyelesaikan proses pengagihan kerusi.

    "Buat masa ini belum lagi, tapi kita akan selesaikan sebelum hari penamaan calon," kata menteri besar Terengganu itu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 27 Jun untuk hari penamaan calon PRN Johor, manakala bagi PRN Negeri Sembilan pula pada 18 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah