25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembantu kedai makan alami kemurungan dilaporkan hilang

    Shopee Sale

    Seorang pembantu kedai makan yang dipercayai mempunyai masalah kemurungan dilaporkan hilang selepas beberapa hari gagal dikesan dan tidak pulang ke rumahnya di Gemas.

    Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata polis menerima laporan kehilangan lelaki terbabit - yang dikenali sebagai Mohd Farid Zulkafli, 36, kira-kira jam 4 petang semalam.

    "Laporan polis dibuat seorang perempuan yang memberitahu adik lelakinya keluar dari rumah di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas pada jam 6 pagi Rabu lalu untuk bekerja.

    "Lelaki itu masih belum pulang sehingga semalam dan juga tidak pulang ke rumah ibunya di Felda Serting Hilir, Jempol," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Amiruddien berkata mangsa yang tidak mempunyai telefon bimbit dan kenderaan, kali terakhir ditemui majikannya di Taman Sri Rompin, Jempol dan memberitahu ingin pulang ke kampung di Felda Serting Hilir.

    MENARIK:  Trump mahu AS capai 'perjanjian besar' sebelum temui China

    Mohd Farid yang mempunyai ketinggian kira-kira 156 sentimeter, berbadan kurus dan berambut pendek hitam, memakai baju T berwarna biru bertulis Barisan Nasional serta berseluar slek hitam.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Rodzi Md Saad di talian 07-9481221 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah