30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Koma Sejak 2022, Puteri Sulung Raja Thailand Mangkat Pada Usia 47 Tahun

    Shopee Sale

    Puteri sulung Raja Thailand iaitu Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, dilaporkan mangkat pada usia 47 tahun.

    Puteri Thailand mangkat pada usia 47 tahun

    Menurut kenyataan rasmi istana, puteri yang juga dikenali sebagai Puteri Pa itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Chulalongkorn, Bangkok pada jam 7.48 malam waktu tempatan.

    Difahamkan, Puteri Bajrakitiyabha berdepan pelbagai komplikasi kesihatan dan berada dalam keadaan koma selama hampir empat tahun.

    Puteri Bajrakitiyabha sebelum ini dimasukkan ke hospital pada Disember 2022 selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri akibat masalah jantung ketika berada di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand. 

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Yang Cakap Epidural Cheat Code Tu Pernah Beranak Tak? Awak Lelaki Tak Pernah Rasa Bersalin’ – Elisya Sandha

    Puteri Bajrakitiyabha kemudian diterbangkan ke Bangkok dengan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    Pihak istana memaklumkan keadaan Puteri  Bajrakitiyabha semakin merosot akibat jangkitan dalam abdomen, kolitis, tekanan darah rendah, gangguan irama jantung serta masalah pembekuan darah.

    Untuk info, Puteri Bajrakitiyabha dilahirkan  pada 7 Disember 1978 dan merupakan anak sulung kepada Raja Maha Vajiralongkorn dan isteri pertamanya, Puteri Soamsawali.

    Sumber: CNN

    The post Koma Sejak 2022, Puteri Sulung Raja Thailand Mangkat Pada Usia 47 Tahun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah