29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘The Real Mamu’ Sarat Dengan Emosi & Kekeluargaan – ‘Kisah Seorang Ayah, Suami & Sahabat’

    Shopee Sale

    Filem terbaharu, The Real Mamu arahan bersama Zulkifli Abu Hassan dan Dharma Nasution yang bakal memulakan penggambaran pada 26 Jun menjanjikan sebuah penceritaan yang sarat dengan emosi, pengorbanan dan nilai kemanusiaan yang dekat dengan hati penonton.

    Artikel Berkaitan: Pihak Produksi Lesap, Wafariena Dedah Masih Belum Terima Baki Bayaran Lakonan – ‘Tak Halal & Belum Memaafkan Mereka’

    Bakal ditayangkan

    Zulkifli menyifatkan pemilihan pelakon bagi filem ini adalah tepat dan masing-masing bersesuaian dengan karakter yang diberi.

    Dalam pada itu, Zulkifli turut berharap filem ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat apabila ditayangkan nanti.

    The Real Mamu bukan sekadar kisah seorang lelaki bernama Mamu.

    Filem ini adalah kisah tentang seorang ayah, seorang suami dan seorang sahabat yang sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang disayanginya.

    Dalam dunia hari ini, ramai yang mengejar kekayaan dan kedudukan, tetapi akhirnya yang paling bernilai adalah keluarga.

    Itulah mesej utama yang ingin kami sampaikan melalui filem ini.

    Sementara itu, filem tersebut turut diperkukuh dengan sokongan Goh Kean Hon selaku pelabur utama.

    MENARIK:  Hari Bahagia Nina Ismail Sabri Semakin Hampir, Video ‘Pre-Wedding’ Tular Di Media Sosial?

    Sebagai usahawan, keberaniannya dalam menceburi industri kreatif tempatan dilihat menyamai dedikasi penerbit tersohor, David Teo.

    Filem terbitan Abdul Hafiz Abdul Halim dari produksi Z & K creative Sdn Bhd, mengumpulkan beberapa barisan pelakon hebat seperti Saiful Apek, Didie Alias, Wan Raja, Adam Corrie, Yassin Senario, Wafariena, Zairi Aziz dan ramai lagi.

    Sedikit mengenai filem tersebut, Apek yang memegang peranan Mamu merupakan seorang figura masyarakat yang sentiasa membantu sesiapa sahaja tanpa mengira darjat, pangkat mahupun kedudukan.

    Lebih daripada sekadar kisah cinta, The Real Mamu merupakan sebuah naskhah yang mengangkat tema kekeluargaan, persahabatan, maruah,kesetiaan, pengorbanan dan perjuangan seorang ayah.

    The post ‘The Real Mamu’ Sarat Dengan Emosi & Kekeluargaan – ‘Kisah Seorang Ayah, Suami & Sahabat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah