30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kedai Beg Mewah Ariff Bahran Dirompak, Kerugian Cecah RM92,000 – ‘Saya Beri 24 Jam Untuk Pulangkan Semula Barang’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ariff Bahran berdepan detik cemas apabila kedai miliknya di Tamarind Square, Cyberjaya dipecah masuk dalam kejadian awal pagi tadi.

    Artikel Berkaitan: ‘RM425,000 Bukan Sikit, Boleh Jadi Deposit Rumah Banglo’ – Ariff Bahran

    Artikel Berkaitan: Ariff Bahran Selar Kenyataan Isa Khan ‘Solat Tarawih Tak Diterima Kalau Tinggal 5 Waktu’ – ‘Mungkin Cara Ke Arah Kebaikan’

    Kedai Ariff Bahran dipecah masuk

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 28, memaklumkan insiden tersebut berlaku sekitar jam 6 pagi pada Khamis.

    Hari ini aku diuji dengan 24 luxury bag (beg mewah) dirompak di kedai aku, Tamarind Square, Cyberjaya, 6 pagi tadi. Hancur lebur hati wife.

    Pelantun lagu Kata Akhirmu ini mendedahkan kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM92,000 termasuk 24 beg mewah. Berdasarkan semakan awal rakaman CCTV, kejadian itu dipercayai melibatkan tiga individu.

    Suspek tiga orang. Dua laki, seorang perempuan. Bangsa India. Sedang mendapatkan maklumat mereka sekarang.

    Menerusi hantaran sama, Bahran turut memberi tempoh 24 jam kepada pelaku untuk memulangkan semula barang yang dicuri sebelum tindakan lanjut diambil.

    Kepada perompak, Saya beri masa 24 jam untuk pulangkan balik beg-beg saya. 

    Sama ada dengan atau tanpa pengetahuan saya. Saya ada gambar salah seorang daripada korang yang pakai baju hijau dan bertatu.

    Dalam masa sama, Bahran turut meminta bantuan orang ramai atau pakar CCTV bagi mendapatkan imej lebih jelas suspek yang terlibat.

    Ada sesiapa pakar CCTV di sini? Kedai saya baru dirompak. Saya nak tengok footage yang lagi jelas muka perompak. Cuma CCTV tak jelas sangat. Please help me out.

    Sumber: Threads Ariff Bahran

    MENARIK:  Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang

    The post Kedai Beg Mewah Ariff Bahran Dirompak, Kerugian Cecah RM92,000 – ‘Saya Beri 24 Jam Untuk Pulangkan Semula Barang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah