29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sifatkan Melayu hilang kesepakatan, ISMA bandingkan dengan Cina

    Shopee Sale

    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung perbalahan politik yang didakwa menyebabkan masyarakat Melayu kini kehilangan kesepakatan dalam menentukan hala tuju strategik negara.

    Presiden ISMA, Suhaib Ar Rumy Selamat berkata perpecahan sesama sendiri menyebabkan agenda strategik membabitkan masa depan orang Melayu dan umat Islam semakin terabai, berbeza dengan komuniti lain yang dilihat lebih bersatu.

    Suhaib Ar Rumy Selamat

    Dia membuat perbandingan tersebut dengan merujuk kepada landskap sosio-politik semasa negara.

    "Hari ini kita melihat masyarakat Cina, walaupun berbeza pandangan politik, mereka tetap mempunyai kesepakatan yang utuh dalam perkara-perkara strategik membabitkan kepentingan komuniti mereka.

    "Sebaliknya, orang Melayu terlalu leka dengan perbalahan politik kepuakan sehingga menggadaikan agenda masa depan yang lebih besar," katanya dalam satu kenyataan.

    MENARIK:  Akmal, Hilman akan didakwa kerana 'mengancam ketenteraman awam'

    Menurut Suhaib, kelemahan dalam mencapai konsensus ini meletakkan kedudukan naratif nasional dalam keadaan yang tidak menentu, selain mengurangkan pengaruh politik golongan majoriti.

    Sehubungan itu, pertubuhan tersebut menyeru agar formula 'Melayu Sepakat, Islam Berdaulat' diangkat semula bagi memastikan umat Islam kekal menerajui kepimpinan dan agenda pembangunan negara.

    Suhaib turut menegaskan bahawa gesaan untuk penyatuan ini bukanlah satu tindakan perkauman, sebaliknya satu keperluan bagi menangani isu-isu strategik yang semakin terpinggir akibat survival politik tokoh-tokoh tertentu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah