Penyanyi dan komposer, Aisha Retno kembali dengan single terbaharu berjudul Diari Air Mata, sebuah karya yang sarat dengan emosi, pengorbanan dan kisah kekecewaan dalam percintaan.
‘Diari Air Mata’

Lagu ini merupakan rakaman pertama Aisha di bawah naungan syarikat rakaman Usanita Entertainment.
Menurut pihak produksi, pembikinan Diari Air Mata telah bermula sejak pertengahan tahun 2025 menerusi perbincangan antara penerbit eksekutif Datuk Adzliana Hassan, komposer Ajai dan Aisha sendiri.
Selepas meneliti konsep serta mesej yang ingin disampaikan, Ajai menyifatkan Aisha sebagai individu paling sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut kerana kekuatan vokal dan kemampuannya menyampaikan emosi dengan penuh penghayatan.
Aisha sangat memberi komitmen sepanjang proses rakaman. Dia tahu apa yang dimahukan dan mempunyai kepekaan muzik yang kuat.
Saya suka bekerja dengan generasi seperti ini kerana ia membantu menghasilkan karya yang lebih berkualiti,
Sementara itu, Aisha menganggap peluang bekerjasama dengan Ajai sebagai satu penghormatan besar dalam kerjayanya.
Peluang menyanyikan lagu ciptaan Ajai memberi pengalaman dan ilmu baharu yang sangat bermakna buat saya.
Bagi melengkapkan penceritaan lagu tersebut, video muzik rasmi Diari Air Mata diterbitkan di bawah arahan Ghazi Maslan dan Lily Samsudin.
Video muzik Diari Air Mata boleh distrim di semua platform digital utama.
The post Aisha Retno Kembali Dengan ‘Diari Air Mata’, Sarat Kisah Luka & Pengorbanan Cinta first appeared on OHBULAN!.





