28 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    J-Kom mula gempur pengkritik kerajaan, cabar Albert Tei berdebat

    Shopee Sale

    Putrajaya melalui Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah ketua pengarahnya yang baru dilantik, Hisyamuddin Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz mula menggempur pengkritik kerajaan.

    Ini berikutan beberapa hantaran Facebook oleh Hisyamuddin awal hari ini yang mengumumkan agensi itu akan membuat laporan polis terhadap semua pihak yang menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan kerajaan.

    “Hari ini Jkom mula menyerang. Tak ada dah defensif. Kita akan mulakan dengan membuat laporan polis terhadap kaki fitnah pimpinan kerajaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pagi ini.

    "Kutip (tangkap) terus. Hari ini baru hari keempat,” katanya yang diumumkan memegang jawatan itu Isnin lalu.

    Agensi itu tidak akan lagi memainkan perananan defensif, katanya sambil menambah perubahan pendekatan itu adalah untuk mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani.

    Hisyamuddin berkata dia juga sedang menyusun semula budaya kerja Jkom bagi menjadikannya “pejuang utama” di barisan hadapan mempertahankan kerajaan.

    MENARIK:  Tiada PAS dalam perjumpaan Muhyiddin, ketua parti pembangkang

    Berdasarkan hantaran di media sosialnya, antara sasaran J-Kom termasuk ahli perniagaan Albert Tei, yang merupakan pengkritik tegar terhadap Anwar dan SPRM.

    Malaysiakini difahamkan pegawai itu sendiri membuat laporan terhadap Tei, antara lain menggesa pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan berkenaan atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

    Dalam satu insiden secara kebetulan, dia terserempak dengan Tei di luar IPD Putrajaya selepas membuat laporan tersebut.

    Tidak jelas tujuan Tei berada di situ, namun dia dilihat mengambil peluang untuk berada bersama wartawan ketika sidang media Syam Ghaz.

    Seorang wartawan yang membuat liputan acara tersebut memberitahu Malaysiakini bahawa Tei kemudian mula menyoal ketua pengarah itu, memintanya menjelaskan kesalahan yang didakwa dilakukan.

    Menurut wartawan itu, Syam Ghaz kemudian mencabar Tei untuk berdebat pada satu tarikh lain, serta meminta ahli perniagaan itu menyimpan soalan-soalannya sehingga waktu tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah