Sebuah coretan yang ditulis oleh penyanyi meningkat naik, Amad Dayyan khusus untuk bapanya, Saiful Anuar telah menyorot perhatian.
Artikel Berkaitan: Amad Dayyan Tak Ambil Serius Kawan Seloroh Kejadian Pegang Bahu Sambil Menyanyi – ‘Saya Pun Ketawa Bersama Mereka’
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang DM Tanya Umur Ahmad Berapa & Ajak Couple’ – Siti Saerah Kongsi Ragam Peminat
Coretan Amad
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Saiful memuat naik semula perkongsian Amad tentang coretan yang tulis khusus untuknya.
Berdasarkan coretan itu, Amad atau nama lengkapnya Ahmad Dayyan Saiful Anuar, 14, menghargai jasa bapa yang sentiasa ada terutama ketika dia berdepan pelbagai cabaran hidup.
Menurut Amad, kehadiran bapa juga menjadi antara sumber kekuatan untuk dirinya terus bangkit.
Babah, terima kasih kerana sentiasa ada sisi saya terutama ketika saya melalui waktu susah dan saat hati ini penuh kesedihan.
Walaupun kadang-kadang saya tidak mampu luahkan apa yang saya rasa, babah tetap menjadi tempat saya mencari kekuatan.
Pengorbanan, nasihat dan kasih sayang babah tidak pernah saya lupakan.
Dalam masa yang sama, Amad juga berharap agar dia dapat membalas jasa baik bapanya suatu hari nanti.
Saya hanya berharap dapat membalas walau sedikit dari segala yang babah berikan.
Saya sayang babah, lebih dari yang mampu.
Sumber: Threads
The post Amad Dayyan Tulis Coretan Untuk Bapa – ‘Babah Tetap Menjadi Tempat Saya Mencari Kekuatan’ first appeared on OHBULAN!.





