29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu cedera, bas bawa 32 penuntut kolej terbabas

    Shopee Sale

    Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an cedera pada kepala selepas bas yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Jalan Lebuh Kulim Techno City (KTC) dekat Kulim pada 7.35 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Syamsul Sinring berkata bas yang membawa 32 penuntut dari sebuah kolej itu dikatakan dalam perjalanan dari Taman KTC 1 menghala ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

    MENARIK:  AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia

    “Dalam kejadian itu, bas dipandu lelaki berkenaan dipercayai terbabas sendiri sebelum memasuki laluan bertentangan.

    “Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim manakala kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan dan telah dihantar pulang ke kolej,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

    Beliau berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah