31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ringgit susut akibat tekanan luaran namun ekonomi domestik tetap kukuh

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Nilai ringgit mencatatkan sedikit penyusutan berbanding dolar AS pada tahun ini didorong oleh tekanan luaran terutamanya jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi.

    Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata ini meskipun kedudukan mata wang tempatan terus disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh.

    Katanya sehingga 22 Jun lepas, ringgit menyusut sebanyak 2.1 peratus berbanding dolar AS manakala kadar pertukaran efektif nominal menurun 1.6 peratus.

    “Tekanan itu turut dipengaruhi faktor luaran terutamanya jangkaan dasar Rizab Persekutuan AS dan perkembangan konflik di Asia Barat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) mengenai faktor utama yang menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit dan sejauh mana pengukuhan itu disokong oleh asas ekonomi negara yang mampan.

    MENARIK:  3 warga emas ditahan cuba seludup keluar 450 liter RON95 

    Dalam pada itu, katanya ringgit terus disokong asas ekonomi domestik yang kukuh termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026 dan inflasi sederhana pada 1.6 peratus.

    “Walaupun nilai ringgit berbanding dolar AS menurun sedikit, ia juga hanya mengalami sedikit kemerosotan berbanding tiga mata wang asing lain, iaitu yuan China, dolar Singapura dan baht Thailand.

    “Namun, berbanding mata wang asing lain, nilai ringgit masih kekal dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah