26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nazri jalankan tugas duta dengan baik – Supol PM

    Shopee Sale

    Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang dua tahun perkhidmatannya di Washington, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

    Muhammad Kamil berkata hubungan dua hala antara Malaysia dengan AS dari sudut pelaburan dan perdagangan juga bertambah baik sepanjang tempoh berkenaan.

    “Pelaburan baharu termasuk daripada Google umpamanya yang masuk ke negara ini membuktikan Malaysia kekal dengan dasar sedia ada walaupun dalam beberapa hal tertentu kita berpendirian jelas, khususnya berkaitan kekejaman Israel kepada penduduk Palestin dan Gaza.

    Muhammad Kamil Abdul Munim.

    “Malah, saya percaya hubungan baik ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang mengikut dasar yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media selepas program Sumbangan Kasih Madani Kembali ke Sekolah 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di Padang Rengas, semalam.

    MENARIK:  Isteri pinang sendiri pegawai polis untuk Sanusi

    Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar pengundian itu berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

    Semalam media melaporkan Mohamed Nazri mengesahkan kontraknya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah