27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Selepas Tuduh Pelancong Malaysia Tak Bayar Bil Makanan

    Shopee Sale

    Restoran terkenal di Indonesia, Pagi Sore tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menuduh sekumpulan pelancong dari Malaysia tidak membayar bil makanan mereka.

    Individu terkilan dituduh ‘penipu’

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Norain Mohd Yunus berkata dia bersama beberapa pelancong Malaysia telah makan di restoran tersebut dengan jumlah bil sekitar Rp907,500 (RM260).

    Namun, beberapa hari kemudian, kumpulan itu dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa mereka telah tular di media sosial atas dakwaan tidak membayar bil makanan.

    Masa nak keluar dari hotel, tiba-tiba driver tanya mana resit makan kat Pagi Sore. Dia kata management Pagi Sore dah viralkan kitorang sebab tak bayar masa makan hari tu

    Viral selepas 3 hari kitorang dekat Bandung dan dah balik Jakarta semula.

    Bagi membersihkan nama, mereka tampil mengemukakan bukti transaksi kad serta resit sebagai pengesahan bahawa pembayaran telah dibuat.

    Masing-masing cari balik resit makan dekat Pagi Sore sebab tak pasti siapa last pegang resit.

    Sementara cari tu, kitorang screen shoot bukti yang kitorang bayar guna card dan bagi kat travel agent. Biar dia bagi dulu bukti yang kitorang memang bayar. Lepas selongkar beg, baru jumpa resit tu.

    Selepas semakan dilakukan, pihak restoran mengakui berlaku kekeliruan dan mereka kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi serta permohonan maaf secara terbuka.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Bukan Tak Nak Mengaku Tapi Mak Pak Saya Tak Ada Darah Melayu’

    Restoran itu turut memaklumkan bahawa mereka telah menyelesaikan isu berkenaan secara baik bersama pihak terlibat.

    Sumber: Threads

    The post Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Selepas Tuduh Pelancong Malaysia Tak Bayar Bil Makanan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah