32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar balas surat adik Nanang, hadiahkan buku Gelombang Kebangkitan Asia

    Shopee Sale

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menunaikan janjinya untuk membalas sepucuk surat yang disampaikan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Pulau Banggi, Sabah, Syam Aariz Rayyan Abdullah atau lebih dikenali sebagai adik Nanang.

    Selain membalas surat tersebut, murid Sekolah Kebangsaan Karakit itu turut menerima hadiah berupa beg sekolah, sebuah basikal dan dua buah buku tulisan Anwar berjudul Gelombang Kebangkitan Asia serta Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi.

    "Saya berjanji untuk membalas surat adik Nanang dari Pulau Banggi tempoh hari, dan hari ini pasukan saya telah mengunjungi beliau serta keluarganya bagi menyampaikan sendiri surat yang saya janjikan.

    "Sepucuk surat kecil, namun cukup besar maknanya kerana di sebalik tulisan itu tersimpan harapan, keikhlasan dan impian seorang anak kecil tentang masa depan.

    "Surat seperti inilah yang terus mengingatkan saya bahawa di pelosok mana sekali pun, anak-anak kita tetap menyimpan cita-cita yang besar untuk mengubah kehidupan mereka melalui ilmu dan pendidikan," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Anwar bertemu adik Nanang ketika lawatannya ke kawasan itu pada 10 Mei lalu. Dia dilaporkan tersentuh selepas menerima sepucuk surat daripada kanak-kanak berkenaan yang bertanyakan bagaimana untuk menjadi pemimpin hebat sepertinya.

    MENARIK:  Rasuah Sabah: Puad ingatkan SPRM, AG jangan 'main sorok-sorok'

    Susulan itu, Anwar berjanji untuk membalas surat tersebut.

    Dalam surat balasannya, Anwar menitipkan pesanan agar adik Nanang terus mencintai ilmu, menjaga solat, menyayangi ibu bapa dan jangan pernah berhenti belajar walau dalam apa jua keadaan.

    "Semoga dua buah buku yang saya hadiahkan menjadi teman perjalanan untuk terus membaca, berfikir dan membina impian demi keluarga, agama dan negara.

    "Insya-Allah, masa depan Malaysia akan terus bercahaya selagi masih ada anak-anak seperti Nanang yang lembut hatinya, tekun menuntut ilmu dan menyimpan harapan besar untuk hari esok," katanya lagi.

    Buku Gelombang Kebangkitan Asia yang pertama kali diterbitkan pada 1977 menghuraikan mengenai fenomena kebangkitan atau Nahdah Asia yang dipacu perkembangan ekonomi rantau itu sehingga mula mencabar dominasi ekonomi Barat.

    Buku Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi pula menggariskan enam nilai teras dalam usaha membina Malaysia yang lebih baik, selain menawarkan kerangka dasar yang bersesuaian dengan cabaran dunia kontemporari yang semakin kompleks.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah