27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Memilih Untuk Terus Bertahan Dalam Penderitaan’ – Syida Melvin Titip Nasihat Buat Para Wanita

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syida Melvin berkongsi tentang kekuatan diri serta nilai seorang wanita dalam melalui cabaran kehidupan.

    Artikel Berkaitan: ‘Tidak Pernah Anggap Kamu Jahat’ – Syida Melvin Kongsi Petikan Pasal Aib, Netizen Setuju Jangan Burukkan Pasangan

    Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Kurniakan Cinta Yang Memberi Rasa Ketenangan, Bukan Kegelisahan’ – Syida Melvin

    Nasihat Syida Melvin

    Menerusi hantaran di Threads, Syida menegaskan bahawa setiap wanita mempunyai pilihan untuk menentukan jalan hidup mereka dan tidak perlu mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk bertahan.

    Woman to woman.

    Hidup itu pilihan. Jangan memilih untuk terus bertahan dalam penderitaan.

    Dalam masa yang sama, Syida turut mengingatkan bahawa kekuatan sebenar seorang wanita bermula daripada diri sendiri dan kemampuan untuk berdikari.

    Pilihlah untuk menjadi wanita yang dihargai, dibahagiakan, dan diusahakan tanpa harus mengorbankan dirimu sendiri.

    Tapi ingat, kebahagiaan juga bermula dari dirimu. Kamu harus terus kuat dan mampu berdiri di atas kaki sendiri..”

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan perkongsian tersebut, selain menganggap ia sebagai satu peringatan buat wanita untuk lebih menghargai diri dan membuat pilihan yang terbaik dalam kehidupan.

    MENARIK:  Khai Bahar Nafi ‘Sailang’, Rela Serah Watak Kepada Pelakon Lain – ‘Kalau Tahu, Saya Tak Ambil’

    Terdahulu, peguam yang mewakili Syida mengesahkan aktres itu telah memfailkan cerai terhadap suami, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.

    Meskipun sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan berikutan ada usaha pendamaian di antara mereka, namun peguam memaklumkan bahawa Syida nekad untuk meneruskan perceraian.

    Sekadar rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

    Sumber: Threads Syida Melvin

    The post ‘Jangan Memilih Untuk Terus Bertahan Dalam Penderitaan’ – Syida Melvin Titip Nasihat Buat Para Wanita first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah