27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel di Tawau

    Shopee Sale

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menahan seorang penjaga stor serta menyita 4,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stor di Pasir Putih di Tawau, semalam.

    Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 2.20 petang selepas pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.

    "Risikan dijalankan selama seminggu oleh KPDN Sabah sebelum serbuan dijalankan. Siasatan awal mendapati stor itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel," katanya dalam kenyataan semalam.

    Beliau berkata kesemua yang disita ialah dua mesin pam minyak, satu hos getah, 18 tong dram, satu tangki gentian yang diubah suai dan tangki treler yang dianggar bernilai RM104,500.

    MENARIK:  ULASAN | Nama Rafflesia: Keseimbangan adalah kunci

    Georgie berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

    “KPDN Sabah akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap aktiviti membabitkan barangan kawalan agar tidak berlaku penyelewengan,” katanya.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti melanggar perundangan boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui WhatsApp 019-8488 000, portal e-aduan.kpdn.gov.my atau pusat panggilan 1-800-866-800 serta aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah