32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    N Sembilan larang minuman keras di taman rekreasi, pantai awam serta merta

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Sembilan melarang aktiviti minum minuman keras di taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang serta pantai awam berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

    Aminuddin berkata tindakan itu bagi menghormati sensitiviti orang ramai yang mengunakan tempat tersebut untuk beriadah, dan penguatkuasaan akan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta polis dengan kompaun maksimum sehingga RM 2,000 boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar.

    “Sebelum ini banyak aduan diterima berkenaan individu minum minuman keras di beberapa tempat tersebut secara terbuka dan membuang bekas minuman sesuka hati.

    “Kita tidak menghalang. Mereka boleh minum (minuman keras) di mana-mana sahaja, di kedai atau tempat tertutup kecuali tempat dilarang sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban hari ini.

    MENARIK:  Bas bawa 14 penumpang terbalik di Kuala Krai

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J.Arul Kumar berkata antara aduan diterima PBT ialah gangguan bising, pergaduhan dan botol minuman keras dipecah dan dibuang di kawasan tumpuan awam itu.

    “Ada kanak-kanak dan orang awam tercedera (akibat botol minuman keras). Banyak padang, taman permainan, taman rekreasi serta pantai awam menjadi lokasi masyarakat beriadah dan bersenam, tetapi apabila dijadikan tempat minum minuman keras, masyarakat tidak mahu ke situ,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah