32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU pisah peranan AG-Pendakwa Raya dibentang 22 Jun – Azalina

    Shopee Sale

    Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan perananan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen bulan depan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata draf pindaan RUU itu telah siap dan mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pindaan Perlembagaan berkenaan pada mesyuarat kali keenam, hari ini.

    "Kita telah membuat satu draf pindaan Perlembagaan yang saya lihat mungkin akan mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen, daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang.

    "Saya berharap apabila kita bawa pindaan ini, ia akan menjadi satu pindaan yang bersejarah kepada negara kita iaitu sejarah kewujudan peguam negara dari kemerdekaan sampai sekarang, kita wujudkan pemisahan (perananan) antara peguam negara dengan pendakwa raya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Kuala Lumpur hari ini.

    Mesyuarat turut dihadiri Ahli Parlimen antaranya Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, wakil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Peguam Negara.

    MENARIK:  Polis serbu rumah wartawan Mkini susulan laporan sistem pekerja asing

    Azalina berkata wakil pembangkang juga diminta untuk memberi sokongan kepada kerajaan terhadap RUU itu memandangkan pindaan tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

    "Kita mahu memaklumkan kepada orang ramai bahawa inilah sebenarnya maksud reformasi institusi. Dengan mengambil kira dan memastikan bahawa fungsi AG-PP (Peguam Negara dan Pendakwa Raya) di negara kita dipisahkan.

    “Saya berharap perubahan sejarah ini akan menjadi duluan baharu, satu set duluan baharu untuk negara kita untuk tahun-tahun akan datang," katanya.

    Persidangan Parlimen dijadual berlangsung selama 16 hari bermula 22 Jun ini.

    Pada 3 Mac lepas, Dewan Rakyat bersetuju untuk RUU berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalusi dan meneliti RUU tersebut.

    Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya itu dianggotai Azalina sebagai pengerusi selain 11 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah