28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan Pengurus ‘Kekwat’ & Tak Profesional, Hussain Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri – ‘Manager Saya Buat Kerja’

    Shopee Sale

    Peserta program Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), Hussain meletakkan kesalahan di atas bahunya sendiri berhubung dakwaan kononnya pengurusnya bersikap tidak profesional dan sukar memberikan kerjasama kepada beberapa pihak.

    Artikel Berkaitan: Kim Khairii Sudah Berkahwin & Miliki Seorang Anak – ‘Isteri Saya Penyanyi, Dia Tak Selesa Wajah Dikongsi Kepada Umum’

    Pengurus kekwat?

    Menurut Hussain, segala persepsi negatif yang timbul bukan berpunca daripada pengurus atau ahli pasukannya, sebaliknya disebabkan dirinya yang masih dalam proses menyesuaikan diri dengan dunia hiburan selain berdepan rasa malu serta kekok.

    Tak betul. Cuma diri saya sahaja yang masih belum keluar daripada kelompok rasa malu. Konsert malam Ahad saya buktikanlah yang manager buat kerja, assistant manager buat kerja, semua buat kerja. Cuma saya sahaja yang masih tak nak keluar daripada perasaan malu itu.

    Sekarang saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan industri. Memang betul, saya agak kekok sedikit. Jadi saya cuba untuk perbaiki diri saya.

    Saya memang marah apabila benda yang tak betul diperkatakan. Netizen petik nama bapa dan orang sekeliling saya, padahal diri saya sahaja yang masih belum improve. Bapa saya cuma buat kerja dia sahaja.

    Hussain berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kelima TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

    Dalam masa sama, Hussain mengakui masih belum berjaya menampilkan potensi sebenar sepanjang berada dalam program tersebut sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan segelintir pihak terhadap dirinya dan pasukan pengurusan.

    Mereka semua sebenarnya banyak beri idea kepada saya. Cuma saya sendiri yang masih belum tunjukkan kemampuan sepenuhnya.

    Jadi kepada yang tengok video atau baca di Threads, dakwaan tersebut tak betul. Saya akui, memang itu salah saya juga sebab masih lagi segan.

    Tapi bila saya baca banyak komen sebegitu, memang ada rasa nak berubah. Ada kawan saya yang hantar perkongsian itu kepada saya. Saya marah, sampai saya buat siaran langsung dan persoalkan siapa yang buat cerita tersebut.

    Ambil positif

    Bagaimanapun, Hussain menegaskan spekulasi yang timbul tidak terlalu mengganggu emosinya, malah dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

    Secara peribadi, benda itu taklah terlalu mengganggu mental saya. Sebaliknya beri saya semangat untuk buktikan yang saya boleh buat lebih baik lagi.

    Sekarang dah masuk minggu kelima dan bagi saya rasa malu itu dah semakin hilang. ‘Urat malu’ dalam diri saya dah putus. Jadi sekarang saya rasa lebih berani.

    Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan pengurus Hussain kurang disenangi segelintir pihak kerana dikatakan terlalu tegas selain sukar memberi ruang kepada media untuk mendekati penyanyi itu bagi sesi temu bual.

    MENARIK:  [VIDEO] Suami Didakwa ‘Cuci Kaki’, Rozita Ibrahim Nasihat Netizen – ‘Jangan Hina Orang, Saya Pun Tidaklah Kaya’

    Malah, terdapat juga dakwaan kononnya setiap urusan perlu melalui tapisan tertentu dan mengikut standard yang ditetapkan selain kenyataan didakwa dikeluarkan pihak pengurusan berbunyi, “We don’t do photoshoot”.

    The post Dakwaan Pengurus ‘Kekwat’ & Tak Profesional, Hussain Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri – ‘Manager Saya Buat Kerja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah