Bekas menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyerahkan surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, bagi memaklumkan peletakan jawatan mereka sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan masing-masing di Pandan dan Setiawangsa.
Dalam satu kenyataan hari ini, kedua-dua mereka berkata peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa hari ini.
"Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum yang lepas.
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
“Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi," kata mereka.
[Berita penuh menyusul]





