33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cikgu Sebak Terima Kuih Ros Patah Dibungkus Guna Kertas Sebagai Hadiah Hari Guru – ‘Dia Sorok Belakang Tiang Sebab Malu’

    Shopee Sale

    Perkongsian seorang guru yang mengimbau semula hadiah sederhana yang diterimanya sempena sambutan Hari Guru mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Tak Lokek Hadiahkan Emas & Tudung Berjenama Mewah Sempena Hari Guru

    Hadiah kuih ros

    Menerusi hantaran di Threads, guru berkenaan berkongsi kenangan menerima sebiji kuih ros yang dibungkus kemas oleh seorang murid menggunakan sekeping kertas yang dihias sendiri.

    Menurutnya, hadiah tersebut menjadi antara pemberian paling bermakna sepanjang bergelar pendidik sehingga sukar dilupakan walaupun hanya sekadar kuih tradisional.

    Hadiah Hari Guru yang paling buat saya bergenang air mata setiap kali teringat. Waktu ini dia (murid) selalu tanya cikgu dah buka ke belum.

    Kebetulan hari itu sibuk di sekolah jadi malam baru saya buka. Usaha dia lukis bintang dan bungkus makanan itu elok-elok.

    Apa yang lebih menyentuh hati, murid berkenaan dikatakan berasa malu kerana hadiah yang diberikannya tidak semewah atau sebesar hadiah murid lain sehingga memilih untuk menyorok di belakang tiang.

    Waktu ini juga dia menyorok belakang tiang tak silap sebab malu tak sama dengan hadiah orang lain. Tapi dia tak tahu inilah salah satunya cikgu dia paling ingat, paling simpan gambar ini.

    Sebagai tanda penghargaan, guru tersebut kemudian membalas keikhlasan muridnya dengan menyediakan kek batik untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekelas.

    Keesokan harinya saya buatkan dia dan kawan-kawan sekelas kek batik, mereka makan ramai-ramai.

    Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan keikhlasan murid tersebut selain memuji sikap guru berkenaan yang menghargai setiap pemberian tanpa melihat nilai atau harga sesuatu hadiah.

    MENARIK:  [VIDEO] Leona Terlupa Tutup ‘Charging Port’ Kereta, Ramai Pemandu Tegur – ‘Sejam Saya Memandu Dengan Benda Itu Terbuka’

    Sumber: Threads

    The post Cikgu Sebak Terima Kuih Ros Patah Dibungkus Guna Kertas Sebagai Hadiah Hari Guru – ‘Dia Sorok Belakang Tiang Sebab Malu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah