Pelakon Ika Nabella meluahkan rasa teruja apabila mengetahui penyanyi, Aisha Retno dipilih sebagai salah seorang pelakon dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL).
Artikel Berkaitan: Cinta Hati Puteri Gunung Ledang Ditemui, Aqasha Diumum Sebagai Hang Tuah
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’
Aisha Retno sopan, lemah lembut
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Ika berpendapat bahawa Aisha memiliki aura tersendiri selain sopan santun dan kelembutan dalam pertuturan yang membuatkan dirinya sesuai membawakan karakter tersebut.
Saya sangat teruja bila tahu Aisha Retno merupakan salah seorang puteri dalam PGL… dia nampak gila-gila, tapi sebenarnya sangat sopan santun dan lemah lembut tutur kata.
Sementara itu, Ika berkata pada awalnya dia menyangka watak puteri kedua itu bakal diberikan kepada pelakon lain seperti Mimi Lana atau Azira Shafinaz, namun berubah fikiran selepas melihat karakter Mila Mohsin dalam sebuah karya terdahulu.
Pada mulanya saya ingat watak puteri kedua itu akan diberikan kepada Mimi Lana atau Azira Shafinaz… tapi selepas menonton Mila dalam GBGTH, saya terfikir, kenapa tidak dia?
Lagipun dia anak kepada ikon PGL kita, saya sangat teruja nak tengok wajah-wajah baharu dalam sebuah karya sebesar ini.
Terdahulu, pemilihan pelakon bagi pementasan semula Puteri Gunung Ledang mencuri perhatian ramai apabila beberapa nama baharu diumumkan sebagai antara teraju utama produksi tersebut.
Sumber: Threads Ika Nabella
The post ‘Dia Nampak Gila-Gila Tapi Sopan & Lemah Lembut’ – Ika Nabella Teruja Aisha Retno Dipilih Jadi Puteri Gunung Ledang first appeared on OHBULAN!.





