34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MOU peruntukan MP: Kerajaan anggap cara PN tak bertertib

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menasihatkan PN agar membawa rasa tidak puas hati mereka pada draf memorandum persefahaman (MOU) secara bertertib.

    Kata Fahmi ia boleh dibincangkan secara baik dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusoff yang bertanggungjawab menangani urusan perbincangan di antara kerajaan dengan pembangkang.

    Dia yang juga jurucakap kerajaan berkata Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Takiyuddin Hassan, juga perlu belajar daripada pembangkang sebelum ini (PH) dalam mengendali isu tersebut.

    “Waktu kami pembangkang, kami berbincang dengan perdana menteri pada waktu itu, (iaitu Ahli Parlimen) Bera (Ismail Sabri Yaakob).

    "Kami tak bincangkan perkara ini dengan media," katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya hari ini.

    Tambah Fahmi, jika Takiyuddin dan PN mengambil langkah dengan bertertib, tiada masalah akan timbul.

    "Datuk Seri Fadillah telah menyatakan, ini adalah draf… (kalau ada isu) datanglah jumpa, sampaikanlah pandangan, kita boleh bincang,” katanya lagi.

    Fahmi berkata demikian sebagai mengulas rasa tidak senang PN dengan draf MOU tersebut, khususnya melibatkan tujuh syarat yang ditetapkan.

    Menganggap ia sebagai "pelik sedikit", Takiyuddin juga menyatakan rasa tidak setuju dengan langkah kerajaan mensyaratkan agar ahli parlimen mengisytiharkan harta masing-masing sebelum peruntukan untuk mereka disalurkan.

    MENARIK:  JBPM dijangka terima tiga helikopter baru tahun depan

    Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu berkata, draf MOU berkenaan diterimanya pada 6 Ogos lalu namun belum dibincangkan dengan mendalam.

    Fahmi bekrata untuk merungkaikan rasa tidak senang mereka, Takiyuddin boleh mengadakan pertemuan dengan Fadillah dan berbincang mengenainya.

    “Saya gesa Datuk Seri Takiyuddin dan rakan-rakan di pihak pembangkang agar bertemu segera dengan Datuk Seri Fadillah dan berbincang dengan tertib.

    "Itulah forum sepatutnya, bukan dalam sidang media seperti yang dilakukan. Itu (bercakap kepada media) tidak tertib namanya,” kata Fahmi.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah