31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erma Fatima Rai Majlis Tunang Anak Ikut Adat Melayu, Siap Khatam Quran, Berinai, Mandi Bunga & Cukur Jambul

    Shopee Sale

    Penerbit dan pengarah, Erma Fatima meluahkan rasa teruja apabila bakal menerima menantu lelaki pertama dalam keluarga sempena majlis pertunangan anak perempuannya, Norain Sofea yang akan berlangsung pada 18 Julai ini.

    Artikel Berkaitan: Aqasha Lontar Dialog ‘Aku Adalah Allah’, Netizen Mohon Erma Fatima Bertanggungjawab

    Artikel Berkaitan: Erma Fatima Titip Doa Buat Fattah Amin & Amira Othman – ‘Peliharalah Kasih Sayang & Jauhi Mereka Dari Hasad Dengki’

    Mak pengantin sibuk

    Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata segala persiapan majlis termasuk dekorasi dan gubahan dulang hantaran dilakukan sendiri olehnya sebagai hadiah buat anak tercinta.

    18 Julai ini saya bakal menerima menantu lelaki pertama. Dulang hantaran dan dekorasi semuanya saya buat sendiri kerana ini hadiah terakhir yang dapat saya berikan kepada anak sebagai kenangan.

    Erma berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Cinta Dalam Sekam dan What’s Next On Viu yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

    Menurut Erma lagi, meskipun anaknya mempunyai cita rasa tersendiri sebagai anak muda, dia tetap mahu memastikan setiap adat dan tradisi Melayu dipelihara sepanjang majlis berlangsung.

    Memang dia ada pendapat sendiri sebab dia gen z. Tapi saya beritahu orang semakin lupa tentang adat Melayu. Jadi saya mahu dia ikut adat Melayu daripada A sampai Z sehingga selesai majlis. Kalau dia nak buat ikut selera sendiri, dia boleh buat selepas majlis yang saya rancang.

    Tambah Erma, majlis pertunangan itu akan diserikan dengan pelbagai adat tradisional Melayu seperti berinai, khatam al-Quran, mandi bunga, cukur jambul, berarak menggunakan tandu serta paluan kompang bagi menghidupkan semula warisan budaya.

    MENARIK:  Video: 'Walaupun Datang Dari Rahim Yang Berbeza Tetapi Mengalir Dari Satu Darah Yang Sama' - Ceramah PU Abu

    Malah, Erma juga menetapkan agar Norain Sofea mengenakan persalinan songket dan bukannya gaun pengantin.

    Dia tak boleh pakai gaun. Kalau nak pakai gaun, buatlah di sebelah pihak lelaki. Untuk majlis saya, dia kena pakai songket dan ikut cara Melayu yang betul.

    The post Erma Fatima Rai Majlis Tunang Anak Ikut Adat Melayu, Siap Khatam Quran, Berinai, Mandi Bunga & Cukur Jambul first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah