Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), yang bakal berlangsung pada 26 September 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.
Kategori AIM25

Buat julung kalinya, AIM dianjurkan di Sarawak dengan sokongan Kementerian Komunikasi menerusi Geran Digital Content Fund (DKK) melalui MyCreative Ventures, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak (MTCP) serta TVS sebagai Penyiar Rasmi dan Rakan Kongsi Penganjur.
Sempena sambutan edisi ke-25, AIM25 memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik bagi meraikan kepelbagaian budaya serta perkembangan landskap muzik tempatan.
AIM25 mempertandingkan 33 kategori termasuk kategori utama seperti:
Kategori Utama:
- Artis Baharu Terbaik
- Vokal Lelaki Terbaik
- Vokal Wanita Terbaik
- Vokal Kumpulan Terbaik
- Kumpulan (Band) Terbaik
- Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik
- Video Muzik Terbaik
- Lagu Tema Terbaik Dalam Filem/Drama
- Lagu Rock Terbaik
- Lagu Pop Terbaik
- Lagu Rap/Hip Hop Terbaik
- Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
- Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik
- Lagu Tempatan Bahasa Cina Terbaik
- Lagu Tempatan Bahasa India Terbaik
- Lagu Melayu Terbaik Dipersembahkan Oleh Artis Antarabangsa
- Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa
- Lagu Nasyid Terbaik
- Lagu Etnik Terbaik
- Lagu Perpaduan Terbaik
- Lagu Tradisional Terbaik
- Lagu Borneo Terbaik
- Album Terbaik Tahun Ini
- Lagu Terbaik Tahun Ini
Anugerah Khas:
- Anugerah Sri Wirama
Kategori Pra-Anugerah
- Lagu Perayaan Terbaik
- Kulit Album Terbaik
- Kejuruteraan Lagu Terbaik
- Kejuruteraan Album Terbaik
- Susunan Muzik Terbaik Dalam Sebuah Lagu
- Lagu Paling Banyak Distrim
- Video Muzik Rasmi Paling Banyak Ditonton Di Platform Video Utama
- Lagu Dengan Video Kreasi Terbanyak Di TikTok
Proses penjurian

Proses penilaian pencalonan akan dilakukan oleh panel juri terdiri daripada pengamal industri muzik tempatan yang berpengalaman serta pakar daripada pelbagai bidang berkaitan.
Barisan juri akan diketuai oleh Ketua Hakim yang bakal dilantik, Ajai, manakala keputusan akhir akan melalui proses audit oleh juruaudit bebas sebelum diumumkan.
Penerima Anugerah Sri Wirama akan ditentukan oleh Ahli Majlis RIM manakala keputusan lima calon terakhir dijangka diumum pada September.
Bagi memperkukuhkan pembangunan industri muzik tempatan, Kementerian Komunikasi menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) meningkatkan peruntukan untuk AIM25 kepada RM950,000, berbanding RM700,000 pada AIM24.
Pemenang bagi 15 kategori iaitu Lagu Terbaik, Artis Baharu Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Etnik Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Electronic Pop/Dance Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Lagu Runut Bunyi (OST) Terbaik dalam Filem/Drama akan menerima geran DKK sebanyak RM50,000 setiap satu, manakala pemenang kategori Album Terbaik Tahun Ini bakal menerima geran berjumlah RM200,000.
Selain itu, AIM25 turut menerima sokongan geran RM1 juta daripada MTCP Sarawak sebagai tanda komitmen dalam memperkasa industri kreatif serta menjadikan Sarawak sebagai lokasi penting bagi acara seni dan budaya berskala besar.
Penamaan bagi AIM25 dibuka kepada karya muzik yang diterbitkan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025, melibatkan lagu atau album dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa India. Proses penyerahan pencalonan bermula 16 Julai 2026 hingga 6 Ogos 2026 menerusi laman rasmi AIM.
The post AIM25 Perkenal Dua Kategori Baharu, 33 Anugerah Jadi Rebutan first appeared on OHBULAN!.





