33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAC kesan dua syarikat tiada sijil halal bungkus minyak masak subsidi

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Jawatankuasa Wang Kira-kira Negara (PAC) mengesan terdapat dua syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi masih tidak mempunyai sijil halal.

    Perkara itu antara rumusan siasatan sepanjang prosiding pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dibentangkan, hari ini.

    Pengerusinya, Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC mendapati pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak juga kurang memuaskan atas beberapa perkara.

    "Terdapat syarikat pembungkus yang beroperasi tanpa pensijilan halal yang sah serta mencetak logo halal tanpa kebenaran.

    "Didapati masih terdapat dua syarikat pembungkusan yang masih tidak memiliki sijil halal daripada keseluruhan sembilan syarikat yang dibangkitkan pihak audit di mana perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana Jakim telah menambahbaik proses pensijilan halal," katanya menerusi satu kenyataan yang kemudiannya dibacakan oleh timbalannya, Teresa Kok pada sidang media di Parlimen, hari ini.

    MENARIK:  Pengurus syarikat maut dalam kemalangan empat kenderaan

    Bagaimanapun dapatan siasatan itu tidak mendedahkan nama syarikat-syarikat yang tidak mempunyai sijil halal tersebut.

    Selain itu PAC juga mendapati dasar sedia ada gagal memastikan agihan minyak masak bersubsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

    Mas Ermieyati juga memaklumkan masih berlaku pelanggaran syarat jualan melibatkan pembelian melebihi had transaksi serta melebihi harga kawalan dan ketiadaan tatacara tetap menguruskan stok minyak masak yang rosak.

    "Prosiding diadakan bagi mengenal pasti punca-punca dapatan laporan audit negara 2/2025, menilai keberkesanan harga dan kecukupan bekalan di pasaran, meneliti mekanisme bagi membanteras ketirisan dan membendung penyelewengan," katanya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah