28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lapan Pelajar Direman Kes Gaduh, Didakwa Punca Sebar Gambar & Video Se*s AI

    Shopee Sale

    Lapan pelajar telah direman dua hari untuk membantu siasatan berkenan kes pergaduhan yang disyaki berpunca daripada dakwaan penyebaran gambar serta video berunsur seksual menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Artikel Berkaitan: Insomniacks Tak Ambil Pusing Peminat Sunting Gambar Guna AI – ‘Mereka Tak Pernah Buat Perkara Di Luar Batas’

    Artikel Berkaitan: Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’ 

    Sebar gambar & video

    Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah hari ini telah mengeluarkan perintah reman tersebut sehingga 17 Julai ini.

    Menurut keterangan kes, pihak polis menerima maklumat tentang rakaman video tular menerusi aplikasi WhatsApp berdurasi 27 saat yang memaparkan pergaduhan membabitkan beberapa pelajar dengan seorang lelaki di kawasan kedai Batu 5, Jalan Apas.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi

    Insiden tersebut menyaksikan lelaki berkenaan menggunakan topi keledar sebagai senjata ketika pergaduhan terjadi.

    Siasatan pihak berkuasa mendapati, video tersebut dipercayai menggunakan wajah dua orang individu sebelum kandungan itu tersebar lalu mencetuskan pergaduhan antara pihak berkenaan.

    Walau bagaimanapun, polis memaklumkan tiada sebarang video suntingan AI digunakan dimana-mana laman media sosial.

    Berikutan kejadian itu, semua pelajar 13 dan 14 tahun telah ditahan oleh sepasukan polis susulan perselisihan berkaitan dakwaan penyebaran gambar dan video berunsur seksual yang disunting menggunakan teknologi AI.

    Tindakan reman tersebut adalah untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Lapan Pelajar Direman Kes Gaduh, Didakwa Punca Sebar Gambar & Video Se*s AI first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah