Seorang doktor mendedahkan seorang pesakit wanita mengalami komplikasi kesihatan yang serius selepas didakwa mengambil Retatrutide (RETA).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengantin Lelaki Dipeluk Erat Oleh ‘Wanita Berpurdah’, Rupa-Rupanya…
Artikel Berkaitan: Tak Sampai 24 Jam Kahwin, Influencer ‘Cerai’ Dengan Diri Sendiri – ‘Saya Dah Tak Tahan..’
Pendedahan doktor
Menerusi hantaran Dr Hannani Murni Indah Kamarudin di Facebook, wanita yang berusia 24 tahun itu datang ke klinik miliknya dalam keadaan meraung kesakitan.
Dia meraung-raung. Saya tengok, mata dia kuning, muka dia kuning dan memegang perutnya.
Saya periksa tekanan darah okay, tetapi jantung dia 132-140 bpm.
Saya pasang jarum dan agak ini mesti penyakit gagal hati.
Dr Hannani kemudian bertindak memanggil ambulans selepas melihat keadaan wanita itu yang semakin teruk.
Menurut Dr Hannani, dia tidak dapat melakukan pemeriksaan lanjut berikutan wanita itu berasa sangat sakit semasa alat imbasan diletakkan di perutnya untuk mengenalpasti punca masalah yang dialami.
Saya tanya kawan dia yang bawa ke klinik sama ada dia sudah berkahwin atau belum, rakannya cakap yang dia bakal berkahwin 14 Ogos ini.
Saya bawa ke bilik rawatan untuk buat imbasan perut dan terkejutnya saya apabila mendapati hatinya bengkak.
Bercerita lanjut, rakan wanita tersebut mendedahkan bahawa bakal pengantin itu didakwa mengambil Retatrutide yang dibeli secara dalam talian kerana mahu menurunkan berat badan sebelum perkahwinannya.
Difahamkan wanita berkenaan telah dirujuk ke Hospital Batu Pahat dan mengalami pelbagai komplikasi.
Nak kurus, dulu dia 80kg sekarang 54kg, sebab nak kahwin.
Bengkak hati, bengkak jantung dan usus bocor. Terkejut saya, masih ditidurkan. Tak tahulah macam mana.
Kawan dia masih trauma dengan kejadian itu. Katanya, bukan tak nasihatkan dia.
Sumber: Facebook
The post Bakal Pengantin Ditidurkan Didakwa Gara-Gara Cucuk Ubat Kurus – ‘Bengkak Hati & Jantung, Usus Bocor’ first appeared on OHBULAN!.





