28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Patutlah Lebih 12,000 Orang Datang, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Nak Lepaskan Peluang

    Shopee Sale

    Kalau sebut sambutan Hari Peneroka FELDA, mungkin ramai membayangkan majlis rasmi atau perhimpunan komuniti.

    Tapi tahun ini lain pula ceritanya. Ribuan orang membanjiri Bandar Pusat Jengka untuk menikmati suasana festival yang penuh dengan makanan, aktiviti dan pengalaman menarik. 

    Bukan sekadar tempat bersantai bersama keluarga, malah ramai pulang dengan perspektif baharu tentang bagaimana hasil daripada ladang sebenarnya menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

    1. Ada pelbagai aktiviti untuk kanak – kanak & orang dewasa

    Festival yang berlangsung selama dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang membuatkan pengunjung sentiasa teruja.

    Ada yang mencuba pertandingan tebar roti canai, ada yang menyertai permainan interaktif, sesi trivia dan demonstrasi memasak. Kanak-kanak pula tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk mereka.

    Suasana meriah ini membuatkan ramai meluangkan masa lebih lama di festival kerana hampir setiap sudut menawarkan pengalaman yang berbeza.

    2. Makanan percuma, bukan sekadar untuk rasa-rasa

    Kalau biasanya di festival kita hanya dapat food sample, kali ini memang lain.

    Pengunjung menikmati hidangan bersaiz penuh seperti roti canai, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, burger dan ayam goreng yang disediakan secara percuma.

    Lebih menarik, hidangan tersebut disediakan oleh pengusaha tempatan, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menikmati menu yang dimasak segar sambil menyokong komuniti setempat.

    Tak hairanlah Warung FGV menjadi antara lokasi paling sibuk sepanjang festival.

    3. Siapa sangka banyak perkara yang kita guna setiap hari rupanya bermula dari ladang?

    Selain aktiviti dan makanan, ramai pengunjung turut mengambil peluang menjelajah pelbagai  booth yang memperlihatkan perjalanan sesuatu produk sebelum sampai ke tangan pengguna.

    Daripada bahan mentah sehinggalah menjadi produk harian yang digunakan di rumah, pengalaman ini membuatkan ramai lebih menghargai proses di sebalik setiap produk yang dinikmati setiap hari.

    MENARIK:  Puteri Balqis Titip Puisi ‘Broken Child’ Buat Anak Fazura & Fattah – ‘Bila Kau Membesar, Aku Pasti Kau Tidak Akan Menyalahkan Sesiapa’

    Pada masa sama, pengunjung juga dapat melihat pelbagai teknologi, jentera moden serta inovasi yang digunakan dalam sektor agrobisnes hari ini.

    Festival FGV himpunkan lebih 12,000 pengunjung dalam Sambutan Hari Peneroka FELDA 2026

    Semua pengalaman menarik ini merupakan sebahagian daripada Festival FGV yang diadakan sempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2026, dengan kehadiran lebih 12,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya.

    Menerusi lebih lapan booth dan lebih 25 aktiviti, FGV membuka peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai segmen perniagaannya, daripada Perladangan, Minyak & Lelemak, Gula, Logistik & Sokongan sehinggalah Produk Pengguna.

    Di Warung FGV pula, lebih 25,000 hidangan dan minuman percuma disediakan menggunakan produk keluaran FGV seperti SAJI, SERI PELANGI dan GULA PRAI, sekali gus membolehkan orang ramai merasai sendiri bagaimana produk-produk tersebut digunakan dalam penyediaan makanan harian.

    Festival ini turut menyaksikan pelancaran fasa baharu percubaan Biodiesel B100 dalam operasi perladangan FGV, membuktikan komitmen syarikat dalam memperkenalkan inovasi yang menyokong kelestarian industri sawit serta agenda peralihan tenaga negara.

    Selain itu, booth seperti Felda Travel, Vendor Relationship Management (VRM) serta Kempen Beli & Menang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung sepanjang festival berlangsung.

    Festival ini mungkin sudah melabuhkan tirainya, namun usaha FGV dalam memperkenalkan inovasi, produk serta penyelesaian agribisnes kepada masyarakat akan terus diteruskan.

    Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai inisiatif, produk dan perkembangan terkini FGV, boleh ikuti saluran rasmi FGV untuk mendapatkan maklumat dan aktiviti akan datang.

    The post Patutlah Lebih 12,000 Orang Datang, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Nak Lepaskan Peluang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah