33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasha Sandha Terkilan Gagal Beri Perhatian Penuh, Prestasi Akademik Anak Terjejas

    Shopee Sale

    Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat memberikan perhatian penuh kepada anaknya, Putri Raysha Jemyma sehingga menjejaskan prestasi akademiknya dalam peperiksaan baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tepis Dakwaan Buat Suntikan, Pembedahan Demi Kulit Cerah – ‘Hanya Pakai Produk Yang Betul’

    Artikel Berkaitan: ‘Mental Saya Sudah Kuat Untuk Terima Segala Kecaman & Teguran Netizen’ – Fasha Sandha

    Keputusan anak

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia bersyukur apabila Jemyma memperoleh 10A dalam peperiksaan.

    Bagaimanapun, dia mengakui menyalahkan diri sendiri apabila dua lagi mata pelajaran anaknya itu memperoleh gred C dan D.

    Pun begitu, Fasha bertekad untuk memberikan perhatian yang lebih kepada anaknya agar Jemyma dapat meraih keputusan yang lebih cemerlang pada penggal akan datang.

    Saya bersyukur dia berjaya dapat 10A tapi untuk C dan D itu saya salahkan diri sendiri sebab tidak dapat nak teman, ajar dan fokus temankan dia.

    Syabas kepada anak-anak ibu. Penggal selepas ini kita buat lebih baik. Ibu bangga dengan semua anak-anak ibu. Anak saya baru 11 tahun (Darjah Enam).

    Mengulas lanjut, Fasha berkata kesibukan kerja membuatkan dirinya tidak mempunyai masa untuk menemani anaknya belajar.

    MENARIK:  [VIDEO] Tergempar! Billboard Serum Eucerin SOS Mengejutkan Orang Ramai Di Kuala Lumpur!

    Menurutnya, sikap tegas perlu ada dalam mendidik anak-anak supaya mereka lebih fokus terhadap pelajaran.

    Saya salahkan kesibukan. Memang tidak dapat nak menyinga (garang) sangat. Balik kerja sahaja saya jadi kucing parsi sebab dah lama tak jumpa dan sibuk di set.

    Takkan nak menyinga dalam masa yang singkat. Kadang-kadang jadi singa ni bagus untuk pelajaran anak-anak.

    Sumber: Threads

    The post Fasha Sandha Terkilan Gagal Beri Perhatian Penuh, Prestasi Akademik Anak Terjejas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah