Imej terbaharu yang ditampilkan oleh usahawan Shikin Maembong telah menyorot perhatian ramai apabila dia berkongsi foto memakai hijab di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan, Shikin Maembong Syukur Cat Farish Sebagai Suami – ‘Saya Belajar Jadi Isteri Sempurna’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cat Farish Buat Kejutan Untuk Shikin Maembong, Hadiahkan Kedai Untuk Cekopis – ‘Ini Je Yang Saya Mampu Untuk Bahagiakan Awak’
Hati terbuka berhijab
View on Threads
Ketika dihubungi , pemilik nama Siti Nur ‘Ashikin Ismail itu, berkongsi detik ketika dirinya mengambil keputusan untuk memakai hijab.
Menurut Shikin, selain faktor usia yang semakin meningkat, dia juga pernah merasa terdapat kekurangan pada diri sendiri meskipun sudah melaksanakan ibadah dengan baik. Perkara tersebut akhirnya mendorong Shikin untuk menutup aurat.
Sebenarnya sudah lama terfikir untuk bertudung, saya pun dah umur 43 tahun. Pada mulanya saya rasa seperti kekurangan sesuatu, rasa macam tak cantik walaupun selepas buat rambut di spa.
Jadi saya nekad untuk pakai, sebab ada rasa bersalah. Kita solat, minta Allah murahkan rezeki, minta itu ini tapi benda wajib iaitu berhijab, saya belum lakukan.
Bila sudah berumur, solat dan ibadah semua kita jaga tapi masih rasa seperti ada sesuatu yang kurang, aura pun rasa lain. Sebab pada saya, selagi tak berhijab, ia belum sempurna.
Tetapi sudah memakai hijab, Alhamdulillah semakin dimurahkan rezeki, dapat tawaran kerja, dipermudahkan urusan dan aura semakin berseri.
Dalam masa sama, Shikin yang mula mengenakan hijab pada Sabtu lalu berkata, suaminya iaitu penyanyi dan komposer Cat Farish merupakan antara insan yang paling gembira apabila melihat perubahannya itu.
Suami tak pernah memaksa, tetapi dia ada beri bayangan.
Dia kata, ‘belilah baju yang sesuai untuk pakai tudung.’ Jadi, saya rasa dia mungkin suka kalau saya pakai.
Reaksi dia apabila melihat saya pertama kali pakai, dia sangat gembira, bersyukur dan asyik memuji saya makin cantik.
Alhamdulillah, anak pun suka dan mentua saya juga gembira melihat penampilan baharu ini.
Mengakui bakal berdepan dengan cabaran untuk beristiqamah, Shikin bagaimanapun percaya usaha dan niat untuk mendekati Allah SWT akan dipermudahkan.
Dari awal lagi kita tahu memang wajib tutup aurat. Jadi saya rasa, kita cuma kena pandai menggayakannya supaya tidak rasa bosan, lalu ambil keputusan untuk buka tudung.
Tapi yang paling penting, kita kena jaga hubungan dengan Allah dan sentiasa mengingatiNya. Kita bila-bila masa sahaja boleh pergi (meninggal dunia).
Jadi, saya mohon semua orang doakan saya agar terus istiqamah.
Terdahulu, Shikin memuat naik foto mengenakan tudung berwarna putih dan menyatakan penampilan terbaharu itu adalah hadiah istimewa buat Cat Farish sempena ulang tahun kelahirannya.
The post ‘Sebelum Ini Ibadah Dijaga Tapi Masih Rasa Ada Sesuatu Yang Kurang’ – Shikin Maembong Kongsi Detik Permulaan Berhijab first appeared on OHBULAN!.





