31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Dedah Kenapa Indonesia Kalah Kepada Malaysia Soal Durian – ‘Tanam 6 Tahun Hasilnya Jelek’

    Shopee Sale

    Tular sebuah video yang menjelaskan sebab penanaman durian di Malaysia lebih baik berbanding di Indonesia.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakar Perubatan Kongsi 5 Sebab Kena Makan Durian – ‘Boleh Kurangkan Risiko Masalah Jantung, Kencing Manis’

    Artikel Berkaitan: Dikecam Berniaga Durian Tak Berbaju, Pelanggan Tetap Beratur Panjang & Jualan ‘Meletup’… Sehari RM10,000

    Perbezaan Indonesia dan Malaysia

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, lelaki dikenali Handy Surakhman berkata kedua ibu bapanya pernah bercucuk tanam menanam durian selama enam tahun.

    Bagaimanapun, usaha itu tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila kualiti buah durian tersebut didakwa lebih rendah berbanding durian kampung.

    Handy berkata selepas sekian lama menjadi anak perantau di Malaysia, dia akhirnya memahami mengapa para peladang di sini jarang berdepan dengan masalah yang pernah membelenggu ibu bapanya.

    Di Malaysia mempunyai lembaga yang diberi nama MARDI (Malaysia Agricultural Research and Development Institute).

    MARDI mengawal selia industri dari peringkat awal sehingga buahnya siap.

    Musang King yang terkenal itu mempunyai kod siri D197. Untuk menjualnya tidak boleh sembarangan.

    Menurutnya, MARDI bukan sahaja mengawal pemilihan baka buah, malah menjalankan kajian menyeluruh terhadap struktur tanah serta menentukan pembahagian kawasan penanaman secara terancang.

    MENARIK:  Aisha Retno & Ade Govinda Ungkap Rasa Kehilangan Melalui ‘Semoga Saja’

    Jelasnya, seperti Musang King yang didapati lebih sesuai ditanam di daerah Raub, Pahang.

    Indonesia pernah mengeluarkan durian jenis Petruk, Matahari, Tokong dan lain-lain tapi hasilnya apa? Tidak semua jenis buah itu ditanam di semua tempat.

    Padahal durian yang banyak jenis di Indonesia itu lebih sedap daripada Musang King, contohnya durian Super Tembaga dan Klamunot.

    Tapi perkembangan, tempat lokasi penanaman dan lain-lain tidak cukup baik.

    Handy turut menyarankan agar Indonesia memberi penekanan terhadap pemilihan lokasi penanaman dan kawalan benih, memandangkan kedua-dua faktor tersebut merupakan elemen penting dalam menghasilkan buah durian yang berkualiti tinggi.

    Sumber: Threads

    The post Lelaki Dedah Kenapa Indonesia Kalah Kepada Malaysia Soal Durian – ‘Tanam 6 Tahun Hasilnya Jelek’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah