25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Empat kejadian pokok tumbang ekoran ribut di KL

    Shopee Sale

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima empat panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut serta hujan lebat petang tadi.

    Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan panggilan kecemasan itu bermula dari 6.20 petang hingga tujuh malam.

    Menurut kenyataan itu, kejadian pokok tumbang di Lot 5746, Jalan Klang Lama menyebabkan empat lori tiga tan dihempap manakala laluan utama di First Residential College Universiti Malaya telah terhalang selepas pokok tumbang menghempap tiang elektrik di kawasan berkenaan.

    "Seterusnya di Trellises Apartment, Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Long Yew Koh sebatang pokok tumbang menghalang laluan utama di kedua-dua lokasi.

    MENARIK:  Lembaga pengarah DNB tentukan hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind

    “Kawasan utama yang terjejas berlakunya pokok tumbang adalah di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur," katanya.

    Kenyataan itu memaklumkan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tiada mangsa terlibat dalam semua kejadian tersebut.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah