28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu tangguh PRN: Zahid minta Muhyiddin henti cermin diri sendiri

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas dakwaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kerajaan Perpaduan bercadang menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor kerana takut kalah pada pilihan raya berkenaan.

    Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata Muhyiddin tidak seharusnya membuat andaian kerajaan akan mengambil tindakan menangguhkan pilihan raya seperti yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu ketika menerajui pentadbiran negara sebelum ini.

    “Jadi, janganlah apa yang dia (Muhyiddin) buat, dia fikir orang lain akan buat macam dia juga,” katanya selepas merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilaporkan berkata cadangan penangguhan PRN didorong rasa takut akibat kehilangan sokongan rakyat.

    MENARIK:  Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang

    Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong dilaporkan mencadangkan penangguhan PRN kerana mahu mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup akibat krisis tenaga global.

    Ahmad Zahid berkata tidak timbul soal hasrat menangguhkan PRN di kedua-dua negeri itu kerana keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak mutlak pemerintah negeri.

    “Ini (PRN) terserah pada Tuan Yang Terutama (TYT), Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong sendiri kerana hak pembubaran DUN terletak kepada mereka,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah