29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Linda Jasmine Enggan Ulas Tentang Isu Peribadi – ‘Saya Tak Tahu, No Comment’

    Shopee Sale

    Guru tari profesional, Linda Jasmine enggan mengualas lanjut berhubung polemik yang mengaitkan bekas suaminya, Que Haidar.

    Artikel Berkaitan: ‘Suamiku Gay’ – ‘Repost’ Linda Jasmine Raih Perhatian

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Melindungi Mereka Daripada Kejahatan’ – Respon Linda Jasmine Selepas Netizen Saran Kembali Bersama Dengan Que Haidar

    Linda Jasmine kunci mulut

    Ketika ditemui , Linda menjelaskan bahawa keutamaannya kini lebih tertumpu kepada penyertaan dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) bersama anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar. 

    Oleh itu, dia tidak mahu memberi perhatian kepada isu lain di luar perkara tersebut termasuk perihal peribadinya.

    Tak apa, tak ada komen apa-apa. Just pasal Talk To My Manager saja.

    Linda berkata demikian ketika ditemui di minggu pertama Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.

    Dalam masa sama, Linda Jasmine turut memilih untuk mengunci mulut apabila diajukan mengenai kesediaannya menerima kehadiran Que sekiranya bekas suaminya itu ingin hadir memberi sokongan kepada Ratu dalam program tersebut.

    Saya tak tahu, no comment.

    Sebelum ini, Linda dilihat seakan memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan dengan bekas suami.

    MENARIK:  PU Amin Berang Kenyataan Pereka Fesyen Sentuh Isu Mahram Aktivis GSF – ‘Mana Hati Perut Kau? Tak Ada Permohonan Maaf’

    Menerusi satu komen yang ditinggalkan di platform TikTok, Linda mendakwa bahawa keputusan untuk berpisah dibuat demi melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini.

    Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

    The post Linda Jasmine Enggan Ulas Tentang Isu Peribadi – ‘Saya Tak Tahu, No Comment’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah