31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    1,000 rumah hangus: Enam PPS dibuka buat mangsa kebakaran di Sandakan

    Shopee Sale

    Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan menempatkan 248 orang daripada 219 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Sandakan setakat 8 pagi ini.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa ditempatkan di beberapa PPS termasuk Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga serta Sekolah Kebangsaan Karamunting.

    Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan mangsa masih dalam proses kemas kini berikutan pendaftaran di beberapa PPS masih berjalan.

    MENARIK:  'Kit Siang, pemimpin PH perlu minta maaf pada Najib kes Morais'

    Semalam, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah