Gara-gara raut wajah yang garang terutama ketika keletihan, pelakon Chacha Maembong pernah dilabel sombong.
Artikel Berkaitan: Chacha Maembong Sifatkan Emma Wanita Kuat, Mohon Henti Beri Tekanan – ‘Saya Rasa Sekarang Masa Untuk Dia Sembuhkan Diri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andy Teh Nafi Bercinta Dengan Chacha Maembong – ‘Dalam Fasa Berkenalan, Dia Ada Ciri-Ciri Wanita Yang Saya Suka’
Chacha tidak sombong

Ketika ditemui Chacha atau nama lengkapnya Siti Aishah Ismail, 30, berkata, dakwaan tersebut tercetus kerana terdapat segelintir individu yang menilai dirinya hanya dari luaran semata-mata.
Saya akui air muka saya nampak ‘keras’, lebih-lebih lagi selepas kepenatan pulang dari penggambaran sampai dikatakan macam diva dan menyombong.
Hakikatnya saya bukan begitu. Kalau orang tegur, saya balas secara baik. Saya siapa nak berlagak diva? Cuma mungkin orang tak kenal, jadi sangka saya bersikap sebegitu.
Kalau nampak saya macam sombong, itu kerana saya penat. Jika dah kenal mesti tahu saya bukan macam diperkatakan.
Walau bagaimanapun, Chacha tidak ambil pusing dengan tanggapan orang terhadapnya, selain menyifatkan perkara tersebut hanyalah salah faham.
Tiada sekelumit pun rasa marah dituduh sedemikian kerana itu bukan diri saya. Terpulang apa yang orang nak cakap, saya tak simpan dalam hati.
Sebagai pelakon, mental kena kuat. Kalau ada yang masih tuduh saya diva, saya cuma balas dengan ucapan terima kasih sahaja.
Chacha berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment yang berlangsung di ibu kota pada baru-baru ini.
Dalam pada itu, adik kepada aktres Emma Maembong ini juga memilih untuk kekal positif dan tidak menyimpan dendam terhadap orang lain meskipun dilemparkan dengan dakwaan yang salah.
Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Balasan Allah itu tetap ada.
Daripada membalas dengan kata-kata kasar, saya hanya serahkan semuanya kepada Allah. Tiada dendam.
The post Chacha Maembong Pernah Dianggap Diva & Sombong Gara-Gara Raut Wajah – ‘Hakikatnya Saya Bukan Begitu’ first appeared on OHBULAN!.





